CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 23, 2008

:: anda sudah dewasa dan matang bila..::


1- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai
2- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa
3- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung
4- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasatidak sewajar dengan mereka
5- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapatperkara yang anda fikir boleh dapat
6- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidakdapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain
7- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekelilingmenghalang maksud anda
8- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya
9- Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangungkesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang danragu.
10- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidaksetujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang
11- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobiyang benar-benar anda minati
12- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu,tanpa merasa malu
13- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebihberpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesannegatif
14- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannyaberlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannyadengan lebih sempurna
15- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidakmerasa senang kerananya
16- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai
17- Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabattanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka
18- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat denganwanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka
19- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat denganorang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka