CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 27, 2008

yea..yea..cuti...

Akhirnya cuti gak aku dari kerja yang panjang..hehehe (gelak jahat)
sapa2 yang plan nak gi kenduri g lar yea, dijemput smua pi kenduri tau!!!

PESANAN SEPANJANG KECUTIAN AKU:
1) mmmm...untuk Ayu set date jea, aku on anytime...
2) kak Zarina jangan lupa buli Fit3, teruskan pembulian
3) Hasmee plak, teruskan mencantikkan Kelab Belau
4) Fit3, teruskan merajuk, tawaf kaunter 3 kali, baru masuk bilik PPH
5) Kak Wani, gi KL elok2..key chain Kl jangan lupa
6) Kak PIdah, make up cantik2, lipstik silky girl
7) Zam, ketua biro sukan teruskan training bowling, nanti kita bertarung
8) Mama Ilah, teruskan perkiraan gerakan tue!!! hehehehe

Tuesday, November 25, 2008

Pasukan Futsal

Padang Temusu:- Pasukan futsal dari jabatan kami telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Jabatan Penjara Sungai Petani pada selasa 18 November 2008 yang lalu. Pada perlawanan tersebut KPDNHEP SPU telah memenangi perlawanan dengan jaringan kemenangan yang agak tipis. Tentangan hebat telah di berikan oleh jabatan penjara dan walaupun hanya enam orang sahaja wakil dari KPDNHEPSPU tetapi pemain dari KPDNHEP dapat mengekalkan corak permainan sehingga ke akhir perlawanan.
chayuk...horey kepada KPDNHEPSPU


HOREY!!!..hari ni gaji masuk..masyukkkk!!!!
jangan luper bayar duit kutu kat ceti kita Kak Pidah..kat Along Lahar Yooi Kak Wani..
ingat lah sahabat ku...jangan sesekali mencari masalah dengan mereka ini..
teringat kata-kata pujangga dulu kala (Parameswara)
"jangan mencari musibah kelak aman lah hidup tuan hamba"
hehehe...

Monday, November 24, 2008

selamat pengantin baru


aslamkm...kenduri,kenduri,kenduri....banyak tul kenduri bulan ni...bulan lepas pun banyak gak kenduri tapi kat ofis...tahniah wat bakal2 yang nak kenduri dan yang nak pi makan kenduri pun tahniah sebab masa la ni kita wat budget sikit...ramai kawan2 yang nak kenduri bulan ni... apapun semoga kenduri meriah semua dan yang dah lama kenduri kita pakat2 pi kenduri umah yang bakal nak kenduri. Kenduri...kenduri..kenduri..banyak betul kenduri..kat ofis ni saja ada 10 kad kenduri kalau tak silap aku..yang tak kenal kad kenduri pun ada...tapi walau sapapun kita pi la pakat2 meriahkan kenduri kawan2 kita. kat ofis ni dah siap wat countdown pun dah ada dan yang paling meriah bila kengkawan tumpang hepi sama untuk yang bakal nak kenduri ni dan bakal yang tengah mencari pencalonan, wish good luck and ceria sokmo.apapun aku di sini nak doakan buat semua kawan2 yang nak bakal mendirikan rumah dan tangga,yang dah mendirikan rumah dan tangga dan yang memasang impian nak mendirikan rumah tengah cari tangga dan yang dah mendirikan rumah dan nak cari anak tangga semoga bahagia hingga ke anak cucu...aminnnnnn...
pantun:
dua tiga kambing berbiri,
berlari lari ke bukit tinggi,
selamat kenduri...hihihi
By: Rumah Atap Rumbia

cHOCLATE mONDAY


Bestnyer...Mama Ilah membawa pulang segugusan coklat dari kepulauan Mahsuri yg dulu2 disumpah...

Dengan ini kami ingin berkongsi kegembiraan dengan pembaca2...
P/s: the above choc is not exactly da same that we get but its taste like choc...
(Ingat dapat tambah koleksi keychain lagi..huhuhu..)

Sunday, November 23, 2008

Senyumlah...


bismiLLAH...

senyumlah..
meskipun dirimu menanggung keperitan dalam kehidupan

senyumlah
meskipun badai melanda menghentam kepaduan iman

senyumlah
meskipun air mata mengalir menahan kepedihan jiwa

senyumlah
kerana senyum di saat musibah itu satu tanda
bahawa keikhlasan kita dalam menerima segalanya

ketentuan dr yg ESA
meredhai kehidupan ini...

senyumlah~
saat suka duka..
senyumlah tanda ketabahanmu
dalam menyusuri kehidupan penuh berdurisaat kehilangan petunjuk
senyumlah tanda meyakini akan bantuanNYA
saat kealpaan
senyumlah tanda memahami dunia ini tidak kekal selamanya

senyumlah~
sesungguhnya senyum itu penawar jiwa....


waLLAHU a'lam

Kereta Idaman Kak Wani...


Austin Mini Cooper Sport -Red-

:: anda sudah dewasa dan matang bila..::


1- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai
2- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa
3- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung
4- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasatidak sewajar dengan mereka
5- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapatperkara yang anda fikir boleh dapat
6- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidakdapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain
7- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekelilingmenghalang maksud anda
8- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya
9- Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangungkesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang danragu.
10- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidaksetujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang
11- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobiyang benar-benar anda minati
12- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu,tanpa merasa malu
13- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebihberpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesannegatif
14- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannyaberlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannyadengan lebih sempurna
15- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidakmerasa senang kerananya
16- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai
17- Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabattanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka
18- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat denganwanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka
19- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat denganorang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka

Saturday, November 22, 2008

PEMOHONAN MAAF DARI FITRI

Kepada

siti hajar bt hussain
taman bertam indah,
kepala batas,
pulau pinang..

muhamad fitri bin ramli
taman ria
sungai petani
kedah

22 november dua ribu lapan.

sedari hajar

Pemohonan maaf berkaitan dengan ketidaksengajaan terbaca message.

kehadapan sedari hajar yang berada di sana. saya seperti nama dan alamat di atas ingin meminta maaf secara terbuka kerana terbaca message secara tidak sengaja. Kebetulan saya di sana hendak menghadap komputer dan kebetulan telefon bimbit motorola anda di sana tidak di aktifkan kunci keypadlock bukan lah niat saya untuk membacanya.
di harap sedari siti hajar hendaknya memaafkan saya atas kesalahan ini dan fitri kata dah lupa apa yang di baca. oleh itu saya minta sedari hajar memaafkan kesalahan saya yang julung julung kali ini. di harap watikah ini dapat menyetelkan poblem dan pemasalahan kita.

Yang Benar
Fitri
(tandatangan tidak diperlukan kerana di generate oleh komputer )

raya puasa


munasabahkah diri kita...hihihi

wahai kengkawan...mari kita baca buat hilang bosan....

Kerana Lidah
Lisan atau lidah - anggota terpenting dan salah satu nikmat ALLAH yang wajib disyukuri. Dengan lidah, manusia dapat bertutur dan berhubung sesama manusia, memberi arahan pada haiwan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Yang Esa. Namun kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur. Malah dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal. Kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam Syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik." (Riwayat Abu Daud)
Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang. Kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah, Rasulullah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, lebih baik dia mendiamkan diri.
Baginda bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, maka bercakaplah perkara yang baik atau mendiamkan diri." (Riwayat Muslim dan Bukhari)
Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah, mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasulullah yang diriwayatkan Ahmad, "Sesiapa yang diam, dia akan selamat."
Beruntunglah sesiapa yang mampu menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Sesiapa yang sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian.


by: rumah atap rumbia

weiiii..aku dah boleh masuk blog

aku tak tau nak edit apa...nama aku zam...tu ja kot...k sekian...asalamualaikum...

bosan jika kita yang bosan

thanks kerana menjemput aku ke ruangan blog ni..cantik, menarik...sapa yang punya idea bernas nasional 16 % peratus hancur terus ni...hehehe...kenapa yang bosan ja semua ni...tempat macam ni punya cantik pun bosan lagi... kita yang menjadikan bosan kot...apapun carilah peluang untuk mengilangkan bosan tu...order jer mama bosan( ilah)...nanti ilang la bosan, kurang aktiviti kot tu yang bosan..lebihkan aktiviti kurangkan intergriti...sahut seruan kerajaan sikit...bagi produktiviti kurangkan kualiti...bulan ni aku rasa makan paling banyak skali...pakat2 bela bagi naik sikit...baru nampak keja sikit...huhuhu..aku ada idea kalau nak ilangkan bosan...wat aktiviti sikit...suruh zam tu banyakkan wat aktiviti sikit...senyap ja dia... cam ada masalah ja... hari ni aku cuti...hope korang have a nice day....

by: rumah atap rumbia...

HOT NEWS!!!

Fit3 ni xabis2 kaco orang..ntah hape2 ntah...smalam kak sya tinggal pesan soh buli dier sepanjang ketiadaan Kak sya yang berangkat ke KL untuk seminggu nie..hahahaha (gelak jahat) for those yang rasa nak jadi pembuli terhebat Asia boleh start from now....

Kak Fiza plak rasa serabut dengan pilihan lagu terbaik rock kapak siot...Zam bila nak update blog nie??? sallis and Kak Ros nampak tak semangat jer (ntah naper ntah)...

Sekian, buletin utama untuk jam ini...terima kasih

Thursday, November 20, 2008

Hari ini hari Khamis...


Being Very Lazy To Update, For Now =)

MMmm...tp mcm xlengkap plak kalo xupdate...today mmg bosan even today is collecting day...collects what?? ya all knows..hehe.. Hajar n kak ilah cuti = ofis sunyi = huhuhu!!!

p/s:lizam plz(3x) postler apa2pn kt blog ni ha...curahkan idea ang yg kreatif tu!

Wednesday, November 19, 2008

Rajesh kembali bekerja...

pagi ni semua org hepy...mmm..why??
1. sebab rajesh dah kembali bekerja stlh bercuti panjang...
2.dapat chocolate sorang 2 bijik dari London (thank you Rajesh!!)
3.part paling best..dapat keychain dari London gak...(thanx again, Rajesh!!)

Tuesday, November 18, 2008

Lambaian Kaabah...



Selamat menunaikan ibadah haji istimewa buat En. Nasri selaku bos kami. Moga urusan beliau dan keluarga sepanjang mengerjakan haji dipermudahkan Allah s.w.t ... amin.

Memo utk hajar n kak ina...

slide show kat bawah nie..khas utk warga pph spu Xspecially kak ina n hajar yg mengerahkan kudrat aku utk upload wajah2 pph ni..hehe..perlukah aku mention siapa aku??

tag goes 2 HAJAR n ZARINA semestinya...hasmee/kak pidah kalo rajin..

PPH's SlideShow

Bezday Mama Ilah...

Syukur... hari ini genap umur Mama Ilah kita yang ke- 26 dan fetusnya yg masuk 7 months already... Ciannya kami terlupa nak wish, sampai tengah hari baru tingat....

Alhamdulillah...murah rezeki kami, Mama Ilah wat jamuan yang sodap....padan muka sapa yang cuti rini (terutama Kak Wani, Kak Ros (M16), Sallis, Fit3, Balqis, Rajesh yang masih di London)...

Neway, petang nie ada match futsal budak2 nie..wish menang lar ek...chaiyok..chaiyok..aja2 fighting!!! Pulun jang pulun!!!!

Thursday, November 13, 2008

FIRST STEP...

Salam...

Mana aci PPH lain ader blog!Kitaorang pon nak gak ler..WELCOME..SELAMAT DATANG..AHLAN WA SAHLAN ALA BLOG kami..:)
Semoga blog kita nie dapat menjalinkan ukhuwah antara kita semua...
Maybe kewujudannya agak terlewat, tapi kata omputih "better late than never".
At least ada gak something yang boleh dibuat kenang-kenangan....